KAMI MASIH DALAM PEMBIKINAN
MOHON MAAF ATAS KESULITAN
boleh hubungi terus kami di gedungms@gmail.com
Leelou Blogs

Monday, January 24, 2011

PENA GMS

Pendidikan, baca & tulis

 Bijak untuk Hidup Sumayyah 4 tahun (sebenarnya baru 3 tahun 1 bulan...lahirnya 13 dec 2007) dan Safiyyah 1 tahun (Sebenarnya baru 3 bulan...lahirnya 13 Oktober 2010) adalah dua butir permata hasil dari gandingan cinta tulis sang mama dan sang papa. Walaneh..bakal tertulis sebuah karya agung jika aku berterusan menguruskan gara tulisanku begitu.kih kih... 

 Dalam mendidik seawal ini, kami terapkan 1 perkara... ya kami bangga jika anak-anak bijak dalam apa yang kami ajar. Bijak mengenal, bijak membaca..namun kami akan lebih bangga jika kini dan terus anak-anak kami boleh bergerak dan maju hidup walau dimana berada. Jika di hutan boleh hidup dengan jaya, jika di dalam laut boleh hidup dengan jayanya. Jika di atas gunung yang tinggi boleh hidup di mana sahaja...Bijak dalam pelajaran tidak bermakna bijak untuk survive :-) 

 Aku mengenal Al Furqan dimulai dengan mahu mengisi jiwa Sumayyah dengan bacaan Al Quran terlebih dahulu. Genap umurnya 3 tahun... Set Al Furqan inilah hadiahnya. Kerana kami kira pendidikan bahasa inggeris dan bahasa melayu sudah pasti akan diajar di sekolah mana-mana pun Sumayyah akan kami tempatkan. Pendidikan Al Quran adalah tanggungjawab kami. Nah, dalam memilih-milih yang mana, ada pelbagai kaedah kami jumpai. Sudah pasti kami mencari yang akan menyeronokkan anak belajar. Tak kisahlah jika bermainkah dia, bersukakah dia, janji ada input yang akan melekat dalam mindanya. 

Sudah tentu kami gembira jika dia mudah dapat apa yang kami ajari, namun yang akan lebih mengembirakan kami adalah konsisten pembelajarannya. Kami akui dalam pengalaman mengajarnya A B C, Sumayyah bukan budak yang boleh duduk diam belajar. Dia akan cepat bosan dan die bukanlah suka mengulang apa yang kita ajar. Dia lebih cepat belajar dengan visual bukan dengan bunyi sahaja. Kami ajar ABC hampir 4-6 bulan, dia cuma tahu A B c D E F dan G sahaja. Bila kami download Barney dari Torrent dan pasangkan di tv...dua hari selepas itu dia sudah boleh sebut A hingga Z. Dari itu memang kami biarkan visual yang menyokong pembelajarannya. 

 Al Furqan menjadi pilihan kami, pertama dlam banyak2 kaedah mengajar Al Quran, Al Furqan adalah set paling murah, hee..selepas tu ada lagu yang kami fikir itulah yang mula-mula kami akan tunjukkan pada Sumayyah. Kini kami berdua seperti guru taska mengajar sambil menyanyi... Terasa sangat nk beli parpet..tunggu ye..hee Beberapa kali kami putarkan lagu al Furqan 1- 4 Sumayyah mulai kenal. Soalan pertamanya kepada aku, ini Na kan mama? Dia tunjuk huruf Nun di skrin tv. Mulai itu kami kenalkan kepadanya buku al Furqan 1. Yah, dia sudah kenal Ma, Ba, Da, Na....mulai itu kami kurangi membuka visual lagu al furqan...kami ajari melalui buku sahaja pula. Kami tidak buka halaman pertama, kami buka halaman ke 5, esoknya jika nampak die sudah kuasai halaman 8 kami mulai dengan halaman 9. 

Dia suka ulang apa yang dia sudah tahu.. tapi die malas nk duduk lama-lama untuk baca buku. Jadi kami fikir kaedah itu akan mendidik dia untuk terus belajar.

No comments:

Post a Comment